Wednesday 14 March 2012

Cara Aku Berhenti Merokok

Cara Aku Berhenti Merokok
kali pertama aku terjebak dgn ketagihan merokok ni pada tahun 2008. Memang pada masa tu aku masih study di politeknik tuanku sultanah bahiyah (KULIM). Pada masa tu, aku mula menginap di rumah sewa bersama2 dengan rakan2. Akibat tekanan dengan subjek Matematik, Tekno Elektrik dan Sains Juruteknik yang membingungkan minda aku.... aku terfikir untuk melepaskan stress. Selalunya kalau lepaskan stress dgn cara tgk. wayang, main game, futsal, etc.... memang x menjadi. Jadi aku terfikir untuk membeli 1set rokok daun yg berharga RM 1.10. Time tu fuhhh, sekali@dua kali tarik ja, dh pening. Akibat seronok tgk membr2 aku hisap rokok, aku gagahkan diri untuk menahan pening. Dalam masa 2 minggu aku memaksa diri aku hisap rokok tu, tiba2 plak dh x brapa nk pening lagi. Jadi, aku bangga dpt jdi mcm kawan2 aku yg dapat merokok dgn slumber nya. 

Selepas 2tahun aku merokok, terdetik untuk berhenti merokok.... sudah 2hingga3 kali percubaan untuk berhenti merokok tetapi asyik x menjadi ja. Memang byk tekanan masa study dulu. Dan aku sedar, sudah 4tahun aku merokok.... jadi aku rsa menyesal pula. ye la, memang aku menyesal giler... aku calculate balik perbelanjaan rokok nih, 1 hari RM2.50>> 1minggu RM17.50>> 1bulan RM70>> 1tahun RM840 ringgit. Yg ni kira budget habis Low la coz hari2 aku beli rokok batang. Dan favorite rokok aku ialah Surya dan rokok daun jer. Mak aiii, RM840 tu dh boleh buat bisnes pasar malam. Aku berjaya menamatkan pengajian Pada Januari 2012.

sehingga bulan 3/2012, time aku aku tlg perniagaan mak aku dan pada suatu hari, memang rezki aku xdak, perniagaan mak aku yg aku kendalikan sorang2 x laku selama 2hari..... time tu memang aku tekanan gila, ye la.... dalam poket ada RM5 ingit ja. Tapi yg aku pelik, time mak aku jual LAKU la pulak. adusss
Mungkin Allah nk bagi pengajaran kot, So akibat tekanan tersebut.. aku ingin berhenti merokok untuk menjimatkan duit RM5 ingit aku tu. Dan Alhamdulillah... dh 2minggu aku x merokok. Dan aku bersyukur, Perniagaan mak aku yg aku kendalikan sorang2 ni dh OK.
Selama 2 minggu aku tidak merokok, byk dugaan yg dtg pd aku... memang menguji kejantanan aku pd masa tu... hahahah
pada hari pertama hingga keempat, selera makan memang kuat time tu & kepala otak aku jadi runsing,pening, kacau bilau. Tetapi dgn semangat kejantanan dan keimanan aku, dh 2minggu aku x merokok. Alhamdulillah. AKU AKAN BERUSAHA MENJAUHI ROKOK sampai bila2.